FWD Insurance Berhad ("the Company") is committed to the implementation and compliance with the provisions of the Personal Data Protection Act 2010 of Malaysia ("the Act"). This Notice is issued pursuant to the requirements of the Act. In this context, the Personal Data Privacy Officer is responsible for coordinating and overseeing compliance with the Act and the upholding of the Personal Data Protection Principles set out in the Act. / FWD Insurans Berhad ("Syarikat") adalah komited terhadap pelaksanaan dan pematuhan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia ("Akta"). Notis ini dikeluarkan menurut keperluan Akta tersebut. Dalam konteks ini, Pegawai Privasi Data Peribadi bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengawasi pematuhan Akta dan menegakkan Prinsip Perlindungan Data Peribadi yang ditetapkan dalam Akta.
This Notice applies to all products and services provided by the Company and sets out how the Company may collect, use, process, and disclose your personal information. / Notis ini digunakan untuk semua produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat dan menetapkan cara Syarikat boleh mengumpul, menggunakan, memproses dan mendedahkan maklumat peribadi anda.
1. From time to time, it is necessary for you to supply the Company, its affiliates, agents and representatives acting on its behalf, or any selected third party (within or outside of Malaysia, including reinsurance and claims investigation companies and industry associations and federations), with personal information and particulars in connection with its services and products as well as for compliance with any laws, guidelines or requests issued by regulators or any other governmental authority. Apart from data provided by you, the Company may obtain and/or verify your data with any third party, including but not limited to, risk surveyors, medical practitioners, hospitals or medical institutions that have attended to you. Failure to supply such personal data or to agree to the Company’s collection of such personal data may result in the Company being unable to provide or continue to provide these services and products to you, including the termination of your Insurance Certificate, in order to comply with any laws or guidelines issued by regulators or any other governmental authorities. / 1. Dari semasa ke semasa, anda perlu membekalkan Syarikat, sekutunya, ejen-ejen dan wakil yang bertindak bagi pihaknya, atau mana-mana pihak ketiga yang dipilih (di dalam atau di luar Malaysia, termasuk syarikat reinsuran dan syarikat penyiasatan tuntutan dan persatuan industri dan persekutuan), dengan maklumat peribadi dan butiran berkaitan dengan perkhidmatan dan produknya sertapematuhan mana-mana undang-undang, garis panduan atau permintaan yang dikeluarkan oleh pengawal selia atau mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang lain. Selain daripada data yang anda berikan, Syarikat boleh mendapatkan dan/atau mengesahkan data anda dengan mana-mana pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada, juruukur risiko, pengamal perubatan, hospital atau institusi perubatan yang telah merawat anda. Kegagalan untuk membekalkan data peribadi tersebut atau bersetuju dengan pengumpulan data peribadi oleh Syarikat boleh menyebabkan Syarikat tidak dapat menyediakan atau terus menyediakan perkhidmatan dan produk ini kepada anda, termasuk penamatan Sijil Insurans anda, untuk mematuhi sebarang undang-undang atau garis panduan yang dikeluarkan oleh pengawal selia atau mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang lain.
2. Personal information and particulars requested may include information concerning your personal details (such as name, age, identity card number, passport number, gender, date of birth, race, nationality, citizenship and marital status), contact details (such as address, email and phone numbers), family information (such as marital status, name of your spouse or child or immediate family members), occupation details (such as your employer’s name, annual income, job title, nature and description of job) and financial details (such as bank account number and credit card number). / 2. Maklumat peribadi dan butiran yang diminta mungkin termasuk maklumat mengenai butiran peribadi anda (seperti nama, umur, nombor kad pengenalan, nombor pasport, jantina, tarikh lahir, bangsa, kewarganegaraan, kerakyatan dan status perkahwinan), butiran berhubung (seperti alamat , e-mel dan nombor telefon), maklumat keluarga (seperti status perkahwinan, nama pasangan atau nama anak anda atau ahli keluarga terdekat), butiran pekerjaan (seperti nama majikan anda, pendapatan tahunan, jawatan pekerjaan, jenis dan maklumat pekerjaan) dan butiran kewangan(seperti nombor akaun bank dan nombor kad kredit).
3. In addition, the Company may from time to time request for:
i. information relating to your medical records or health condition in general from you or any medical practitioner, hospital, medical institution or any person (whether incorporated or not) who has ever attended to you or has records regarding your health or medical condition; and/or
ii. such other personal information that may be relevant for the Company to consider your application for insurance cover or the continuous provision of the insurance certificate and/or insurance services under a Insurance Certificate issued by the Company. This includes but is not limited to tax information about you, your designated beneficiary(ies) or any person entitled to any benefits/payment under the Insurance Certificate. /
3. Tambahan pula, Syarikat mungkin dari semasa ke semasa akan meminta untuk:
i. maklumat yang berkaitan dengan rekod perubatan atau keadaan kesihatan anda secara umum daripada anda atau mana-mana pengamal perubatan, hospital, institusi perubatan atau mana-mana individu (sama ada diperbadankan atau tidak) yang pernah merawat anda atau mempunyai rekod mengenai kesihatan atau keadaan perubatan anda; dan/atau
ii. maklumat peribadi lain yang mungkin relevan untuk Syarikat mempertimbangkan permohonan anda untuk perlindungan insuran atau peruntukan berterusan sijil insuran dan/atau perkhidmatan insuran di bawah Sijil Insuran yang dikeluarkan oleh Syarikat. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat cukai tentang anda, benefisiari anda yang ditetapkan atau mana-mana individidu yang berhak mendapat sebarang manfaat/pembayaran di bawah Sijil Insuran.
4. Personal information and data may also be collected from:
i. other sources in the ordinary course of the continuation of the insurance relationship, for example, when you write cheques or provide your credit card or bank account details to the Company for contribution payment of the insurance coverage or when you nominate a nominee to receive insurance benefits payable under an insurance certificate; and/or
ii. a person acting on behalf of the individual whose personal data is provided (and if you provide personal data on behalf of any person, you hereby confirm that you are either their parent or guardian or you have obtained that person’s consent to provide that personal data for use by the Company; and/or
iii. from other sources (including from publicly available information).
Data may also be generated, processed or combined with other information available to the Company or any of the Company’s subsidiaries, holding companies, associated or affiliated companies and companies controlled by or under common control with the Company (collectively, the “Group”). /
4. Maklumat dan data peribadi juga boleh dikumpul melalui:
i. sumber lain dalam cara biasa kesinambungan perhubungan insuran, contohnya, apabila anda menulis cek atau memberikan butiran kad kredit atau akaun bank anda kepada Syarikat untuk pembayaran sumbangan perlindungan insuran atau apabila anda menamakan penama untuk menerima manfaat insuran perlu dibayar di bawah sijil insuran; dan/atau
ii. individu yang bertindak bagi pihak individu yang data peribadinya diberikan (dan jika anda memberikan data peribadi bagi pihak mana-mana individu, anda dengan ini mengesahkan bahawa anda sama ada ibu bapa atau penjaga mereka atau anda telah mendapat persetujuan individu tersebut untuk memberikan data peribadi itu untuk kegunaan Syarikat; dan/atau
iii. sumber lain (termasuk daripada maklumat yang tersedia secara umum).
Data juga boleh dijana, diproses atau digabungkan dengan maklumat lain yang tersedia kepada Syarikat atau mana-mana anak syarikat Syarikat, syarikat induk, syarikat bersekutu atau gabungan dan syarikat yang dikawal oleh atau di bawah kawalan bersama Syarikat (secara kolektif, "Kumpulan").
5. The purposes for which your personal data may be used and/or processed are as follows:
i. providing our services and products to you, including administering, maintaining, managing and operating such services and products;
ii. processing, assessing and determining any applications or requests made by you in connection with the Company’s services or products and maintaining your account with the Company;
iii. developing insurance and financial services and products;
iv. developing and maintaining credit and risk related models;
v. processing payment instructions;
vi. determining any indebtedness owing to or from you, and collecting and recovering any amount owing from you or any person who has provided any security or other undertakings for your liabilities;
vii. exercising any rights that the Company may have in connection with our services and/or products;
viii. carrying out and/or verifying any eligibility, credit, physical, medical, security, underwriting and/or identity checks in connection with our services and products;
ix. any purposes in connection with any claims made by or against or otherwise involving you in respect of any of our services or products, including, making, defending, analysing, investigating, processing, assessing, determining, responding to, resolving or settling such claims;
x. performing policy reviews and needs analysis (whether or not on a regular basis);
xi. meeting disclosure obligations and other requirements imposed by or for the purposes of any laws, rules, regulations, codes of practice or guidelines (whether applicable in or outside Malaysia) binding on the Company or any other member of the Group, including making disclosure to any legal, regulatory, governmental, tax, law enforcement or other authorities (including for compliance with sanctions laws, the prevention or detection of money laundering, terrorist financing or other unlawful activities) or to any self-regulatory or industry bodies such as federations or associations of insurers/ insurance operators;
xii. for any corporate exercise or transactions relating to the Company e.g. sale and purchase of assets, reorganisations or amalgamation or collaboration;
xiii. for statistical or actuarial research undertaken by the Company or any member of the Group; and
xiv. fulfilling any other purposes directly related to (i) to (xiii) above; /
5. Tujuan data peribadi anda boleh digunakan dan/atau diproses adalah seperti berikut:
i. menyediakan perkhidmatan dan produk kami kepada anda, termasuk mentadbir, menyelenggara, mengurus dan mengendalikan perkhidmatan dan produk tersebut;
ii. memproses, menilai dan menentukan sebarang permohonan atau permintaan yang dibuat oleh anda berkaitan dengan perkhidmatan atau produk Syarikat dan mengekalkan akaun anda dengan Syarikat;
iii. membangunkan perkhidmatan dan produk insuran dan kewangan;
iv. membangun dan mengekalkan model berkaitan kredit dan risiko;
v. memproses panduan pembayaran
vi. menentukan apa-apa amaun yang terhutang kepada atau daripada anda, dan mengutip dan mendapatkan semula apa-apa amaun yang terhutang oleh anda atau mana-mana orang yang telah memberikan apa-apa jaminan atau perjanjian lain untuk liabiliti anda;
vii. melaksanakan mana-mana hak yang berkaitan dengan perkhidmatan Pengendali Insuran dan / atau produk kami;
viii. menjalankan dan/atau mengesahkan apa-apa kelayakan, kredit, fizikal, perubatan, keselamatan, pengunderaitan dan/atau pemeriksaan identiti berkaitan dengan perkhidmatan dan produk kami;
ix. sebarang tujuan yang berkaitan dengan sebarang tuntutan yang dibuat oleh atau terhadap atau sebaliknya yang melibatkan anda berkenaan dengan mana-mana perkhidmatan atau produk kami, termasuk membuat, mempertahankan, menganalisis, menyiasat, memproses, menilai, menentukan, memberi maklumbalas dan menyelesaikan tuntutan-tuntutan tersebut.;
x. melakukan kajian dasar dan analisis keperluan (sama ada secara tetap atau tidak);
xi. memenuhi obligasi pendedahan dan keperluan lain yang dikenakan oleh atau untuk tujuan mana-mana undang-undang, peraturan, kawal selia, kod amalan atau garis panduan (sama ada digunapakai di dalam atau di luar Malaysia) yang mengikat Pengendali Insuran atau mana-mana ahli Kumpulan, termasuk membuat pendedahan kepada mana-mana undang-undang, pengawalseliaan, kerajaan, cukai, penguatkuasaan undang-undang atau pihak berkuasa lain (termasuk untuk mematuhi undang-undang sekatan, pencegahan atau pengesanan pengubahan wang haram, pembiayaan pengganas atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang) atau mana-mana pengawal selia persendirian atau perbadanan industri seperti persekutuan atau persatuan penanggung insurans/pengendali insuran
xii. bagi apa-apa urusan atau transaksi korporat yang berkaitan dengan Syarikat, misalnya penjualan dan pembelian aset, reorganisasi atau penggabungan atau kerjasama;
xiii. untuk penyelidikan yang dijalankan oleh Syarikat atau mana-mana ahli Kumpulan; dan
xiv. memenuhi apa-apa maksud tujuan lain yang berkaitan secara langsung dengan (i) hingga (xiii) di atas.
6. Personal data will be kept confidential, but to facilitate the purposes set out in paragraph 5 above, the Company may transfer, disclose, grant access to or share personal data with the following:
i. other members of the Group;
ii. any person or company carrying on insurance- related and/or re insurance -related business which is engaged by the Company in connection with the Company's business;
iii. any physicians, hospitals, clinics, medical practitioners, laboratories, technicians, loss adjustors, risk intelligence providers, claims investigators, legal advisors and/or other professional advisors engaged in connection with the Company's business;
iv. any agent, contractor or service provider providing administrative, distribution, credit reference, debt collection, telecommunications, computer, call centre, data processing, payment processing, printing, redemption or other services in connection with the Company's business;
v. any official, regulator, ministry, law enforcement agent or other person (whether within or outside Malaysia) to whom the Company or another member of the Group is under an obligation or otherwise required or expected to make disclosures under the requirements of any law, rules, regulations, codes of practice or guidelines (whether applicable in or outside Malaysia); and/or
vi. third parties involved in any corporate exercise or transactions relating to the Company e.g. sale and purchase of assets, reorganisations or amalgamation or collaboration. /
6. Data peribadi akan dirahsiakan, tetapi untuk memudahkan tujuan yang dinyatakan dalam perenggan 5 di atas, Syarikat boleh memindahkan, mendedahkan, memberi akses kepada atau berkongsi data peribadi dengan yang berikut:
i. ahli-ahli Kumpulan yang lain;
ii. mana-mana orang atau syarikat yang menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan insuran dan/atau Insuran semula yang terlibat oleh Pengendali Insuran berkaitan dengan perniagaan Syarikat;
iii. mana-mana pakar perubatan, hospital, klinik, pengamal perubatan, makmal, juruteknik, pelaras kerugian, penyedia risikan risiko, penyiasat tuntutan, penasihat undang-undang dan/atau penasihat profesional lain yang berkaitan dengan perniagaan Syarikat;
iv. mana-mana ejen, kontraktor atau pembekal perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan pentadbiran, pengedaran, rujukan kredit, pengumpulan hutang, telekomunikasi, komputer, pusat panggilan, pemprosesan data, pemprosesan pembayaran, percetakan, penebusan atau perkhidmatan lain berkaitan dengan perniagaan Syarikat;
v. mana-mana pegawai, pengawal selia, kementerian, ejen penguatkuasa undang-undang atau orang lain (sama ada di dalam atau di luar Malaysia) yang kepadanya Syarikat atau anggota lain Kumpulan mempunyai kewajipan atau selainnya dikehendaki atau dijangka membuat pendedahan di bawah kehendak mana-mana undang-undang, peraturan, kawal selia, kod amalan atau garis panduan (sama ada digunapakai di dalam atau di luar Malaysia); dan/atau
vi. pihak ketiga yang terlibat dalam sebarang perbincangan atau transaksi korporat yang berkaitan dengan Syarikat, sebagai contoh penjualan dan pembelian aset, reorganisasi atau penggabungan atau kerjasama.
7. Your personal data may be transferred or disclosed to any assignee, transferee, participant or sub-participant of all or any substantial part of the Company's business. / 7. Data peribadi anda boleh dipindahkan atau didedahkan kepada mana-mana pemegang serah hak, penerima pindahan, peserta atau sub-peserta bagi semua atau sebahagian besar daripada perniagaan Syarikat.
8. The Company is only allowed to: (i) use your personal data in direct marketing; or (ii) provide your personal data to another person or company for its use in direct marketing, if you provide your consent or do not object in writing. / 8. Syarikat hanya dibenarkan untuk: (i) menggunakan data peribadi anda dalam pemasaran langsung; atau (ii) menyediakan data peribadi anda kepada orang lain atau syarikat lain untuk penggunaannya dalam pemasaran langsung, jika anda memberikan persetujuan anda atau tidak membantah secara bertulis.
9. In connection with direct marketing, the Company intends:
i. to use your name, contact details, services and products portfolio information, financial background and demographic dataheld by the Company from time to time in direct marketing to market the following classes of services and products offered by the Company, other members of the Group and/or our business partners (being providers of the product and services described below):
a. insurance services and products;
b. wealth management services and products;
c. pensions, investments, brokering, financial advisory, financial services and products;
d. health-check and wellness services and products;
e. media, entertainment and telecommunications services;
f. reward, loyalty or privileges programmes and related services and products; and
g. donations and contributions for charitable and/or non-profit making purposes; and
ii. to provide your name and contact details to any members of the Group and/or our business partners for their use in direct marketing the classes of services and products described in paragraph 9(i) above (including, in the case of our business partners, for money or other commercial benefit). /
9. Berkaitan dengan pemasaran langsung, Syarikat berhasrat:
i. untuk menggunakan nama, butiran perhubungan, maklumat perkhidmatan dan portfolio produk, latar belakang kewangan dan data demografi yang disimpan oleh Syarikat dari semasa ke semasa dalam pemasaran langsung untuk memasarkan kelas perkhidmatan dan produk berikut yang ditawarkan oleh Pengendali Insuran, ahli-ahli Kumpulan dan / atau rakan perniagaan kami yang lain (sebagai penyedia produk dan perkhidmatan yang dijelaskan di bawah):
a. perkhidmatan dan produk insuran;
b. perkhidmatan dan produk pengurusan kekayaan;
c. pelaburan, pembrokeran, penasihat kewangan, perkhidmatan kewangan dan produk;
d. perkhidmatan dan produk pemeriksaan kesihatan dan kesejahteraan;
e. perkhidmatan media, hiburan dan telekomunikasi;
f. program ganjaran, kesetiaan atau keistimewaan dan perkhidmatan dan produk berkaitan; dan
g. derma dan sumbangan untuk tujuan amal dan / atau bukan bertujuan untuk keuntungan; dan
ii. untuk memberikan nama dan butiran perhubungan anda kepada mana-mana ahli Kumpulan dan / atau rakan niaga kami untuk kegunaan mereka dalam pemasaran langsung kelas perkhidmatan dan produk yang diterangkan dalam perenggan 9 (i) di atas (termasuk, dalam kes rakan perniagaan kami, untuk wang atau manfaat komersil lain).
10. If you do NOT wish the Company to use your personal data in direct marketing or provide your personal data to other members of the Group and/or our business partners for their use in direct marketing, you may notify us in writing via letter or email to our customer service with the address below at any time. / 10. Sekiranya anda TIDAK menghendaki Syarikat untuk menggunakan data peribadi anda di dalam pemasaran langsung atau menyediakan data peribadi anda kepada ahli-ahli Kumpulan dan / atau rakan perniagaan kami yang lain untuk kegunaannya di dalam pemasaran langsung, anda boleh memaklumkan secara bertulis kepada Khidmat Pelanggan kami melalui surat atau e-mel di alamat di bawah pada bila-bila masa.
11. To facilitate the purposes set out in paragraphs 5 and 9 above, the Company may transfer, disclose, grant access to or share your personal data with the parties set out in paragraphs 6 and 9(ii) and you acknowledge that those parties may be based outside Malaysia and that your personal information and personal data may be transferred to places where there may not be in place data protection laws which are substantially similar to, or serve the same purposes as, the Act. / 11. Untuk memudahkan tujuan yang dinyatakan dalam perenggan 5 dan 9 di atas, Syarikat boleh memindahkan, mendedahkan, memberikan akses kepada atau berkongsi data peribadi anda dengan pihak yang dinyatakan dalam perenggan 6 dan 9(ii) dan anda mengakui bahawa pihak tersebut mungkin berpusat di luar Malaysia dan maklumat peribadi dan data peribadi anda mungkin dipindahkan ke tempat yang mungkin tidak ada undang-undang perlindungan data yang hampir serupa dengan, atau mempunyai tujuan yang sama seperti, Akta tersebut.
12. Under the Act:
i. you have the right to request access to your personal data held by the Company and request correction of any of your personal data which is incorrect or to limit the processing of your personal data; and
ii. the Company has the right to charge you a reasonable fee for processing and complying with your data access or correction request./
12. Di bawah Akta tersebut:
i. anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada data peribadi anda yang dipegang oleh Syarikat dan meminta pembetulan mana-mana data peribadi anda yang tidak betul atau untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda; dan
ii. Syarikat mempunyai hak untuk mengenakan bayaran yang berpatutan kepada anda untuk memproses dan mematuhi permintaan akses atau pembetulan data anda.
13. For purpose of access or correction of your data held by us, you are required to write in to us or contact our customer service personnel to complete the relevant form. For this purpose, we may charge a fee for processing your access request and we also have the right to refuse or comply with your request for access and/or correction as provided for under the Act./ 13. Untuk tujuan akses atau pembetulan data anda yang dipegang oleh kami, anda dikehendaki untuk menulis kepada kami atau menghubungi kakitangan Khidmat Pelanggan kami untuk melengkapkan borang yang berkaitan. Untuk tujuan ini, kami mungkin mengenakan bayaran untuk memproses permintaan akses anda dan kami juga mempunyai hak untuk menolak atau mematuhi permintaan anda untuk akses dan/atau pembetulan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta.
14. The Company reserves the right, at any time effective upon notice to you, to add to, change, update or modify the Notice. / 14. Syarikat berhak, pada bila-bila masa selepas notis berkuat kuasa kepada anda, untuk menambah, menukar, mengemas kini atau mengubah suai Notis ini.
15. Accuracy of Personal Information
The Company will ensure the accuracy of all personal data collected and processed by the Company. Appropriate procedures are implemented so that all personal data is regularly checked and updated to ensure that it is reasonably accurate having regard to the purposes for which that data is used. In so far as personal data held by the Company consists of statements of opinion, all reasonably practicable steps are taken to ensure that any facts cited in support of such statements of opinion are correct.
The Company will at all times endeavour to ensure the accuracy of personal data held by the Company, and if such personal data is transferred to third parties, it will notify that third party of any correction to be made. /
15. Ketepatan Maklumat Peribadi
Syarikat akan memastikan ketepatan semua data peribadi yang dikumpul dan diproses oleh Syarikat. Prosedur yang sesuai akan dilaksanakan supaya semua data peribadi disemak dan dikemas kini secara berkala untuk memastikan ia adalah bersesuaian dan tepat dengan mengambil kira tujuan data tersebut digunakan. Setakat data peribadi yang dipegang oleh Syarikat terdiri daripada penyata pendapat, semua langkah yang munasabah boleh dipraktikkan diambil untuk memastikan bahawa mana-mana fakta yang disebut untuk menyokong pernyataan pendapat tersebut adalah betul.
Syarikat akan sentiasa berusaha untuk memastikan ketepatan data peribadi yang dipegang oleh Syarikat, dan jika data peribadi tersebut dipindahkan kepada pihak ketiga, ia akan memaklumkan pihak ketiga tersebut tentang sebarang pembetulan yang akan dibuat.
16. Retention of Personal Information
No personal data is kept for longer than is necessary and that the Company will comply with all statutory and regulatory requirements in Malaysia concerning the retention of personally identifiable information.
Your personal data may be collected via, and stored in, an electronic or mobile application (FWD Smart) (the “App”). /
16. Penyimpanan Maklumat Peribadi
Tiada data peribadi disimpan lebih lama daripada yang diperlukan dan Syarikat akan mematuhi semua keperluan berkanun dan kawal selia di Malaysia berkaitan dengan penyimpanan maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi.
Data peribadi anda mungkin dikumpul melalui, dan disimpan dalam, aplikasi elektronik atau mudah alih (FWD Smart) (“Aplikasi" tersebut).
17. Data Security
The Company will ensure an appropriate level of protection for personal data in order to prevent unauthorized access, processing or other use of that data, commensurate with the sensitivity of the data and the harm that would be caused by unauthorized access to that data. It is the practice of the Company to achieve appropriate levels of security by restricting physical access to data, providing secure storage facilities and incorporating security measures into equipment in which data is held. Measures are taken to ensure the integrity, prudence, and competence of persons having access to personal data and personal data is only transmitted by secure means.
In addition, the Company takes prudent security measures to ensure personal data collected via the App are stored and transmitted under protection.
i. For mobile app development, the App is developed by secure coding and annual penetration testing is conducted by third party security professionals.
ii. The personal data collected via the App is stored in an encrypted database.
iii. Data transfers between the Company and the App are made in SSL secured connection and valid session key management is in place to ensure unauthorized access is restricted and prevented.
iv. A multi-layered defense system is used in the Company’s data centre to secure transmission and ensure effective data protection is in place. /
17. Keselamatan Data
Syarikat akan memastikan tahap perlindungan yang sesuai untuk data peribadi untuk mengelakkan akses, pemprosesan atau penggunaan lain data tersebut yang dilaksanakan tanpa kebenaran, setara dengan sensitiviti data dan bahaya yang disebabkan oleh akses tanpa kebenaran kepada data tersebut. Adalah menjadi keutamaan Syarikat untuk mencapai tahap keselamatan yang sesuai dengan menyekat akses fizikal kepada data, menyediakan kemudahan storan yang selamat dan menggunakan langkah keselamatan untuk peralatan yang menyimpan data. Langkah-langkah diambil untuk memastikan integriti, hemat, dan kecekapan orang yang mempunyai akses kepada data peribadi dan data peribadi hanya dihantar melalui cara yang selamat.
Selain itu, Syarikat mengambil langkah keselamatan dengan penuh hemat yang kehematan untuk memastikan data peribadi yang dikumpul melalui Aplikasi disimpan dan dihantar di bawah perlindungan.
i. Untuk pembangunan aplikasi mudah alih, Aplikasi tersebut dibangunkan dengan pengekodan selamat dan ujian penembusan tahunan dijalankan oleh ahli keselamatan professional pihak ketiga.
ii. Data peribadi yang dikumpul melalui Aplikasi disimpan dalam pangkalan data yang disulitkan sulit.
iii. Pemindahan data antara Syarikat dan Aplikasi tersebut dibuat dalam sambungan selamat melalui SSL dan pengurusan kunci sesi yang sah yang disediakan untuk memastikan akses tanpa kebenaran disekat dan dihalang.
iv. Sistem pertahanan berbilang lapisan digunakan di pusat data Syarikat untuk menjamin penghantaran dan memastikan perlindungan data yang berkesan disediakan.
18. Use of Cookies and Third Party Links
The Company’s website may include hyperlinks to third party websites. The Company has no control over the content, accuracy, opinion expressed, and other links provided at these third party websites or how these third party websites deal with your personal data. You should visit these third party websites for details of their privacy policies in relation to their handling of your personal data. /
18. Penggunaan Kuki dan Pautan Pihak Ketiga
Dalam laman sesawang Syarikat mungkin terdapatnya hiperpautan (hyperlink) ke laman sesawang pihak ketiga. Syarikat tersebut tidak mempunyai kawalan terhadap kandungan, ketepatan, pendapat yang dinyatakan, dan pautan lain yang disediakan di laman sesawang pihak ketiga ini atau cara laman sesawang pihak ketiga ini menangani data peribadi anda. Anda harus melawati laman sesawang pihak ketiga ini untuk mendapatkan butiran mengenai dasar privasi mereka berhubung dengan pengendalian data peribadi anda.
The Company may use ""cookies"" to improve our internet service to you. Cookies are small data files that are automatically stored on your web browser in your computer that can be retrieved by the Company’s website. Cookies enable the Company’s website to remember you and your preferences when you visit the website and enable us to tailor the website to your needs. The information collected by cookies is anonymous visitor’s personalised settings information and contains no name or address information or any information that will enable anyone to contact you via telephone, e-mail or any other means. No customer personal data is stored in cookies. However, you can disable cookies by changing the settings of your web browser. / Pengendali Insuran boleh menggunakan "kuki" untuk meningkatkan perkhidmatan internet kami kepada anda. "Kuki" adalah fail data kecil yang disimpan secara automatik pada pelayar sesawang di komputer anda yang boleh diambil oleh sesawang Syarikat. “Kuki” membolehkan laman sesawang Syarikat mengenali anda serta pilihan anda apabila anda melawat laman sesawang kami, dan membolehkan kami menyesuaikan laman sesawang menurut keperluan anda. Maklumat yang dikumpulkan oleh “kuki” adalah maklumat tetapan peribadi pengunjung awanama dan tidak mengandungi maklumat nama atau alamat atau sebarang maklumat yang akan membolehkan sesiapa sahaja menghubungi anda melalui telefon, e-mel atau apa-apa cara lain. Tiada data peribadi pelanggan disimpan dalam kuki. Walau bagaimanapun, anda boleh melumpuhkan kuki dengan mengubah tetapan pelayar sesawang anda.
In case of discrepancies between the English and Bahasa Melayu versions, the English version shall apply and prevail. / Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, versi Bahasa Inggeris akan terpakai dan diguna pakai.
Further enquiries regarding the Company's Personal Data Protection Policy and Practices may be directed to: / Pertanyaan lanjut mengenai Dasar dan Amalan Perlindungan Data Peribadi Pengendali Insuran boleh dikemukakan kepada:
The Personal Data Privacy Officer / Pegawai Privasi Data Peribadi
FWD Insurance Berhad 199301022976 (277716-A)
Level 21, Mercu 2, No. 3 Jalan Bangsar, KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur
Tel: 1300 22 6262
Email: ask@fwd.com